Wednesday, August 18, 2010

Martial Arts Exhibition

Sebagai muqadimah, pertamanya pihak admin memohon maaf di atas kelewatannya mengemas kini blog ini dek kerana terlalu sibuk dengan kehidupannya. Namun itu semua tidak boleh dijadikan alasan dan sekali lagi pihak admin meminta maaf.

Dikisahkan, pada 2-4 Ogos 2010, Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC) UIA PJ telah terlibat dalam Martial Arts Exhibition anjuran Tae Kwon Do Club UIA PJ. Antara objektif utama program ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab seni pertahanan diri yang terdapat di bumi UIA PJ. Atas maksud itu, pihak SSMC telah membuka booth sepanjang program tersebut berlansung di AMF selama 3 hari. Antara ragam anak gayong UIA PJ di booth SSGMC:

Sedang menyediakan info gayong untuk booth


Sedang melayari blog PSSGM UIA PJ


Saudara Ijud sedang memberi penerangan


Menghayati tayangan di booth

Pada hari pertama program yakni pada 2 Ogos 2010, jam 4.00 pm, pesilat SSGMC telah diberi peluang untuk menunjukkan demo latihan anak-anak gayong. Alhamdulillah, demo yang berlarutan sehingga sejam itu mendapat sambutan yang memberansangkan.

Bersedia untuk demo...

Pada malam yang sama, telah diadakan Opening Ceremony Martial Arts Exhibition yang berlansung di AMF. Sekali lagi pesilat SSGMC dipanggil untuk mempersembahkan demo istimewa di hadapan VIP dan juga seluruh warga dewan. Pesilat UIA PJ yang terlibat dalam persembahan tersebut ialah saudara Nazri dan saudara Muaz. Dalam masa yang sama, pihak kelab juga telah mengundang pesilat istimewa dari luar yakni saudara Ishkandar dan saudara Ibnu Abil. Turut hadir, mantan pesilat UIA PJ yakni saudara Nazrul Azam dan juga Raja Zhafri. Sesungguhnya pihak SSGMC UIA PJ amat berbesar hati menerima kunjungan mereka. Kehadiran mereka turut memeriahkan lagi demo persembahan pada malam itu. Ternyata persembahan tersebut telah berjaya memukau hati VIP dan tetamu yang hadir di AMF.


Bersama Presiden SSGMC UIA PJ


Bergambar sebagai kenangan

Secara keseluruhannya, Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara lansung ataupun secara tidak lansung. Dalam masa yang sama, pelbagai manfaat dan impak yang telah dapat kita perolehi sepanjang program tersebut berlansung. Lebih-lebih lagi, 'bonding' yakni ukhuwah yang terjalin antara pesilat SSGMC semakin utuh, ibarat air yang dicincang, yang tidak akan putus. Itulah kemanisan yang dapat dirasai antara ahli keluarga SSGMC UIA PJ.