Thursday, February 10, 2011

Annual Grand Dinner SSGMC 2010/2011

Assalammualaikum w.b.t
Sebagai iftitah pada pertemuan kali ini, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat kita yang berada di Mesir dengan harapan mereka semua selamat dan dilindungi Allah hendaknya. Al- Fatihah.

Pada 29 Januari 2011, SSGMC UIA PJ telah mengadakan Annual Grand Dinner bertempat di Dewan Al-Malik Faisal dengan selamatnya. Program ini berobjektifkan untuk meraikan pesilat-pesilat yang akan melangkah pergi ke UIA Gombak dan UIA Kuantan bagi meneruskan wadah perjuangan mereka. Tentatif program adalah seperti berikut:

8.30 pm:  Ketibaan para pesilat daripada UIA PJ
8.45 pm:  Ketibaan VIP ( Ustaz Shapizan & Cikgu Selamat) serta pesilat dari UIA Gombak
9.00 pm:  Kata-kata aluan daripada MC yang bertugas ; Saudara Nazir & Saudari Munirah
                Bacaan doa dan alunan ayat suci Al-Quran ; Saudara Hanif
                Ucapan daripada Vice President 2 ; Saudari Fitrah
                Ucapan daripada  Trainer ; Cikgu Selamat
                Ucapan daripada Advisor ; Ustaz Shapizan
9.25 pm:  Persembahan silat daripada Saudara Amin dan Azam
9.30 pm:  Jamuan makan malam bermula
10.00pm: Tayangan video dan slide show
10.25pm: Penyampaian cenderahati kepada VIP dan second year
11.00pm: Sesi bergambar dan majlis bersurai


Antara gambar yang sempat diambil sepanjang program.

Ketibaan para pesilat






Ketibaan Cikgu Selamat

VIP dari Gombak

 Bacaan doa dari Saudara Hanif

Beramah mesra

Ucapan daripada Cikgu Selamat
Ucapan daripada Ustaz Shapizan
Hadirin yang hadir
Menjamu selera

Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Selamat

Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Shapizan

VIP
Pesilat dari PJ, Gombak & VIP



Tetamu yang hadir
"Dalam Kenagan"

Setelah majlis bersurai, diadakan satu slot di mana semua para pesilat yang akan meninggalkan UIA PJ akan memberikan ucapan dan meluahkan isi hati masing-masing sepanjang berada di gelanggang UIA PJ. Selain itu, segala ilmu, pandangan dan pendapat yang ingin disampaikan kepada adik-adik silat turut disampaikan. Di samping itu, diadakan juga sesi berkongsi pengalaman sepanjang menceburi dunia persilatan.

Pahit manis perjuangan telah dirasa bersama, semoga Allah meredai pertemuan dan perpisahan ini. Teruskan perjuangan.

Saturday, February 5, 2011

Gayongs' Family Day

Bismillahirahmannirahim,


Assalammualaikum w.b.t

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafatkan sefiniti rasa kesyukuran kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat lagi menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah.

Dengan ini, pihak PSSGM UIA PJ ingin memaparkan lagi agenda  yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011. Syukur alhamdulillah, pada 22 Januari 2011 hari Sabtu, PSSGM UIA PJ telah mengadakan Program Family Day bertempat di Sungai Kanching, Selayang, Selangor. Program ini beertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pesilat di samping merehatkan minda.

Para pesilat tiba di lokasi pada pukul 8.15 pagi. Setelah siap mengemas barang dan bersarapan, para pesilat mula berhimpun untuk mendengar taklimat daripada Program Manager dan Program Coordinator.

Ketibaan Advisor disambut oleh Program Manager

Para peserta berhimpun


Sebelum meneruskan aktiviti  para pesilat mendengar ucapan perasmian daripada Advisor PSSGM UIA PJ, Ustaz Shapizan. Dengan lafaz bismillah, majlis dirasmikan oleh Ustaz Shapizan. Setelah mendapat barang amanah, mendengar taklimat dan menerima fasilitator masing-masing, semua pelajar di arah untuk berta'aruf dan mengenali ahli pesilat mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Sesi ta'aruf dan bersarapan bersama kumpulan


Apa pandangan rakan-rakan tentang anda?

Ketika sesi ta'aruf, rakan-rakan silat dari Gombak baru tiba di Sungai Kanching. Ketibaan mereka disambut oleh Committee Family Day. Mereka dijemput bersarapan bersama-sama Ustaz Shapizan. Kemudian mereka diserahkan kepada kumpulan yang telah ditetapkan.

Menjamu selera sambil beramah mesra


Taklimat untuk pesilat dari Gombak

Persembahan trademark 

Setelah selesai sesi ta'aruf dan persembahan trademark, aktiviti yang dinanti-nantikan pun bermula. Aktiviti ini bermula dengan permainan bola beracun diikuti dengan permainan pecahkan belon lawan dan isi air menggunakan surat khabar ke dalam botol.

Persiapan sebelum perlawanan

Semangatnya!

Telatah anak gayong

Memori zaman sekolah. Bola beracun

Ulasan daripada committee


Biarpun panas, namun semangat terus membara

Setelah selesai ketiga-tiga aktiviti tersebut, maka tibalah saat yang dinantikan oleh anak-anak gayong: bermandi manda. Sebelum bergerak, mereka diberi taklimat ringkas sebagai langkah keselamatan oleh saudara Faiz Asmuni selaku Program Coordinator.


Kesejukan

Telatah anak-anak gayong

Kesejukan Sungai Kanching

Setelah puas bermandi-mandi, para pesilat disajikan dengan menu tengah hari. Kemudian, mereka diminta berkumpul di tapak perkhemahan Sungai Kanching untuk solat Zohor berjemaah. Family Day diteruskan lagi dengan aktiviti Explorace. Aktiviti ini berobjektifkan untuk memupuk semangat berkerjasama dalam berkumpulan serta mengeratkan hubungan sesama pesilat. Di samping itu, ianya melatih minda pesilat untuk berfikir secara kreatif dan berinovatif dalam melaksanakan tugasan.

Para pesilat berhimpun

Sebelum mendapatkan clue, kena habiskan 'limau'


Mendapatkan 'cinta' yang telah dirampas


12 atas 1?

Tepat jam 5 petang, aktiviti Explorace pun berakhir. Biarpun keletihan, namun kepuasan lebih terpancar dalam diri anak-anak gayong. Program diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pesilat dan Ustaz Shapizan.

Cenderamata disampaikan oleh saudara Khairul Fahmi / PM

Berakhirnya penyampaian maka berakhirlah sudah Gayong Family Day dengan jayanya. Kesemua pesilat bertolak pulang pada pukul 5.45 petang. Tahniah dan terima kasih buat semua committee di atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua pesilat-pesilat yang turut menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh generasi berikutnya.