Wednesday, September 14, 2011

'NIGHT OF WARRIORS'

Bismillahirahmannirahim,

Assalammualaikum w.b.t

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafa'kan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat lagi menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah.
 
Dikesempatan bulan Syawal ini warga PSSGM UIA PJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon ampun dan maaf terutama sekali atas kelewatan mengemaskini Blog PSSGM UIA PJ yg sekian lama menyepi.

Baru-baru ini,PSSGM UIA PJ telah dijemput untuk mengadakan Demonstrasi sempena program 'Night Of Warriors' yang telah dianjurkankn oleh SHITO-RYU KARATE-DO CLUB (SEISHINKAN DOJO) INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA pada 7-September-2011 bertempat di CFS IIUM,NILAI CAMPUS. Program ini juga turut disertai oleh PSSCM,Tae Kwan Do,Capoiera dan Karateka. Program ini bertujuan untuk  meningkatkan keyakinan diri setiap peserta disamping mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
 
Bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara anak-anak Gayong, maka persembahan Demonstrasi dari PSSGM pada malam itu adalah gabungan antara PSSGM UIA PJ dan PSSGM UIA NILAI. Seramai 13 orang anak gayong PSSGM UIA PJ  menyertai Demonstrasi tersebut.
 
Antara Persembahan Demonstrasi yang sempat dirakamkan pada malam itu :
 
 Sembah Hormat Kepada Tetamu Yang Hadir




Ambil Tapak (Wakil PSSGM Minta Izin Untuk Membuat Demonstrasi)
 
 
 
 
 
 Gayong Sedia








Serangan Maut







 Tempur Tangan Kosong





 Parang





 Simbat







 Lompatan





Pecah Genting





Majlis Penutup (Wakil Dari PSSGM UIA PJ menerima cenderahati dari Pihak Penganjur)






Sesi Bergambar (Mereka yang Terlibat Secara Langsung)




Alhamdulilah, Majlis yang berlangsung selama 2jam setengah bermula dari jam 8.30 mlm dan berakhir jam 11.00 malm itu berjalan dengan lancar dari sebarang kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk kita sama-sama mendapat manfaat darinya. 

Terima Kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata dari kami mohon maaf jika ada yang terkurang dan tersalah bagi info semasa mengemaskini Blog ini. InsyaAllah semoga kite berjumpa lagi pada aktiviti-aktiviti yang akan datang. (^_^)



ASSALAMUALIKUM w.b.t.