Friday, August 31, 2012

Demo Silat Merdeka 55 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada tarikh 31 Ogos 2012, iaitu pada hari kemerdekaan Malaysia, SSGMC CFSIIUM telah dijemput untuk membuat demo silat gayong di dataran merdeka sempena hari kemerdekaan negara tersebut. Barisan yang terlibat berada di bawah pimpinan jurulatih SSGMC CFSIIUM, saudara Raja Zhafri Iskandar. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Tahniah dan Terima Kasih kami ucapkan kepada anak-anak gayong yang menyertai demo silat tersebut.

majulah seni mempertahankan diri kerana islam


Thursday, August 23, 2012

Annual General Meeting 2012/2013 PSSGM CFSIIUM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Pada tarikh 30 Jun 2012, telah berjayanya majlis Annual General Meeting bagi sesi 2012/2013 di CFSIIUM.
Tujuan bagi acara ini adalah bagi meraikan kedatangan ahli-ahli baru Silat Gayong dan juga memperkenalkan pada mereka serba sedikit tentang Silat Gayong. Ia juga acara bagi melantik barisan-barisan komiti bagi sesi 2012/2013. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya meski dengan sedikit kekurangan daripada kami manusia yang tidak sempurna.


Bertempat di Lecture Hall B






tuudia yang datang, fullhouse baq hang


Programme Manager bagi majlis ini adalah sister Farhah Farhanim dan Muhammad Hazim sebagai pembantunya.

Ahli-ahli komiti yang lain

Zati Izni
Mimi
Aisyah
Nabil
Kahar
Adib
Emir
Arif
Husni
Fikri
Shahrul Fikri
Faeziah
Husna
Hafiz

dan sebagai permulaanya, kami membuat sedikit intro gimik di pintu Lecture Hall B
tudia YB merasmikan majlis diiringi assistant-assistantnya - cik Aisyah dan puan Faeziah

kemudian MC memulakan peranan mereka dan mengalu-alukan Cikgu Selamat, Gurulatih PSSGM CFSIIUM , dan juga Ustaz Shapizan,selaku penasihat kelab kami, ke dalam dewan. majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Nabil dan  seterusnya kata alu-aluan dari MC.
 Semoga majlis berjalan dengan lancar insyaAllah - Nabil

selepas bacaan doa, nyanyian Negaraku,CFS song, dan Lagu Silat Gayong dimainkan.





"we are the torchbearers for the ummah~(for the ummah~)"









pengerusi majlis - Husna dan Husni


sambil-sambil kami di dalam menjayakan majlis, diluar sedang sibuk menyiapkan makanan :D

komiti dari biro katering



kembali ke dalam dewan, bekas Presiden PSSGM 2011/2012, Mohd Nazri atau lebih dikenali sebagai Ayie, memberikan sepatah dua kata beliau dan juga mengumumkan siapa yang bakal mengambil tempat beliau sebagai Presiden seterusnya, dan yang terpilih adalah Muhammad Hazim daripada kos AED. Tahniah kepada saudara Hazim, semoga beliau dapat memajukan dan meningkatkan lagi prestasi kelab ini.


Ayie- kos: undang-undang - Presiden PSSGM CFSIIUM 2011/2012


Hazim -kos: Seni bina dan reka bentuk alam sekitar
Presiden PSSGM CFSIIUM 2012/2013

dan kemudiannya majlis telah menjemput Ustaz Shapizan untuk memberikan sepatah dua
"hampa kena belajaq sungguh2 noh, tapi jangan lupa pelajaran dan agama"
Ustaz Shapizan - Penasihat PSSGM CFSIIUM

dan seterusnya majlis menjemput Cikgu Haji Selamat bin Haji Mat Raji bagi memberikan ucapan beliau dan juga penerangan tentang Silat Gayong kepada mereka yang baru ingin belajar silat gayong.

Cikgu Haji Selamat bin Haji Mat Raji - Gurulatih PSSGM CFSIIUM

suasana dewan ^_^






setelah diberi kata-kata nasihat darpada Cikgu, kami memainkan video gimik kami seterusnya menjemput cikgu bagi merasmikan Annual General Meeting PSSGM CFSIIUM sesi 2012/2013


 Kahar a.k.a The Legend


jadi disini, bagi yang hadir mungkin ingat, ada sedikit masalah teknikal bg melepaskan letupan perasmian tersebut. cikgu, kahar juga PM,farah, turut membantu..

masih tidak boleh.....

stress.....

bende alah ni....

woop woop...sikit lagi.......


 maka dengan itu telah rasmilah malam Annual General Meeting 2012/2013 ^_^


"akhirnya....."


"Tuudia...hampa jangan nak harap aku yang kutip noohh..." kata pakngah Nabil kepada cebisan2 warna warni tersebut

bagi yang mahu menonton video gimik tersebut, ini dia ^_^ diterbitkn oleh editor yg awesome, saudara shahrul fikri
barisan pelakon adalah mereka yang sememangnya tak ada bakat dalam lakonan..namun mereka telah mencuba, tepuk tangan untuk mereka :D

seterusnya Presiden memberi sedikit cenderahati kepada Tetamu undangan yang telah hadir pada malam tersebut.

Terima kasih diucapkan pada Cikgu dan Ustaz kerana sudi hadir pada malam tersebut. Juga pada Senior yang hadir, saudara Ayie,Amin dan Syazwan ^_^

Tetamu seterusnya dijemput untuk menjamu selera diluar dewan dan seterusnya pulang ke rumah masing-masing

makanan ala-ala barat...kot

Dan para serikandi dan pendekar cfs pula menjamu dengan donat dan karipap kot kalau penulis masih ingat.

Kembali ke dalam dewan, majlis meneruskan dengan agenda seterusnya iaitu pemilihan bagi barisan ahli jawatankuasa PSSGM CFSIIUM.


dimulakan dengan ahli-ahli biro

Abe Shahrul Fikri - Head Culture and Arts Bureau

"hampa kena ada komitmen noh,turun training selalu"
 Nabil - Assistant Head Education and Training Bureau
Fikri - Discipline and Welfare
Mimi - Secretary
Adib - Education and Training


sub komiti

sub komiti

dan ahli-ahli gayong yang lain :)












dengan itu tamatlah sudah malam AGM bagi Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia CFSIIUM 2012/2013. Tahniah kepada yang terpilih, majulah seni mempertahankan diri kerana Islam