Wednesday, February 13, 2013

Demo Silat RAFEST13 Opening Ceremony

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammu'alaikum kepada semua anak-anak gayong dan pembaca sekalian. Moga iman kita bertambah kian umur kita meningkat hari demi hari. Apa yang pasti, tiadalah wang ataupun kemahsyuran yang akan dibawa apabila mati, melainkan amal ibadah kita semasa di dunia. Bersama kita berusaha untuk menjadi khalifah yang baik, InsyaAllah.

Pada 7 Februari yang lalu, CFS IIUM telah mengadakan opening ceremony bagi Raudhah Festival, iaitu festival dimana akan berlangsungnya aktiviti-aktiviti dan ceramah-ceramah yang menarik bagi pelajar-pelajar CFSIIUM, dan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan bagi majlis tersebut. Kami turut mendapat bantuan dari Jurulatih PSSGM, Raja Zhafri Iskandar untuk menyertai persembahan ini.


Seramai 14 Ahli PSSGM CFSIIUM dan 4 senior dari gombak terlibat pada malam tersebut.



Buka gelanggang dahulu

sesi semi candid


Menunggu VIP tiba




Tibanya VIP diiringi senior-senior dari Gombak
bersemangat jitu

Persembahan dari saudara Taufiq


Kemudiannya persembahan diteruskan dengan senam silat , bunga yang pernah dipelajari semasa demo silat hari kemerdekaan pada tahun lepas, dan juga kombat dari 1 hingga 6.



Seterusnya persembahan diteruskan dengan persembahan pentas dari saudara Saufi dan Taufiq .



Kemudian tibanya persembahan kemuncak yang telah dinanti-natikan oleh para penonton iaitu persembahan dari senior-senior silat gayong dari gombak. Mereka mempersembahkan tempur senjata dengan keris juga parang.


highlight



tempur senjata parang








Pada malam itu juga kami didatangi senior-senior yang lepas yang turut serta untuk memberi sokongan kepada PSSGM CFSIIUM. terima kasih diucapkan ^_^






Selesai persembahan dari senior, anak-anak gayong CFSIIUM pula membuat penutup dengan gulungan sepuluh dan akhirnya bunga tanjung.







Alhamdulillah, dengan itu, tamatlah persembahan silat untuk malam tersebut, dan kami bersyukur kerana tidak ada sebarang kecederaan atau gangguan semasa membuat persembahan.

seterusnya kami keluar untuk menutup gelanggang dan mengadakan sesi bergambar :)









senior dari gombak yang terlibat. terima kasih kami ucapkan










 Alhamdulillah, oleh kerana demo ini, ukhwah antara anak-anak gayong semakin erat dan kami harapkan yang terbaik pada masa yang akan datang. Sekali lagi , terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang terlibat,, senior-senior yang terlibat, juga senior-senior yang datang untuk memberi sokongan. ^_^

~|Kata bersahut
                         Gayong bersambut|~







kredit foto: bro Shahrul Fikri

anda boleh melihat lagi gambar di group PSSGM CFSIIUM Di sini