Tuesday, March 26, 2013

Akan Datang

Bismillahirrahmanirrahim, insyaAllah, ingin mempromosikan event-event yang bakal berlangsung dibawah PSSGM CFSIIUM .

Pertamanya, Annual Grand Dinner pada 8 April ini, bertempat di AMF, dan semua ahli-ahli dan bekas ahli PSSGM CFSIIUM turut dijemput.


Keduanya, pada 14 April ini akan diadakan MAJLIS AMAL 'GAZA, ANK2 GAYONG BESAMAMU DAN MANDI MINYAK PSSGM WPKL 2013' di puchong. 


Pada 21 April 2013 pula, akan berlangsungnya hari keluarga CFS IIUM, sangat dialu-alukan kepada ahli-ahli PSSGM CFSIIUM juga bekas-bekas ahli PSSGM CFSIIUM. pelbagai game menarik menanti anda ^_^



dan yang terakhir, Ujian Kenaikan Bengkung pada 27 April. insyaAllah, sama2 kita hadirkan diri.  segala info ada di group PSSGM CFSIIUM di fb.  

https://www.facebook.com/groups/pssgmuiapj/

Wednesday, February 13, 2013

Demo Silat RAFEST13 Opening Ceremony

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammu'alaikum kepada semua anak-anak gayong dan pembaca sekalian. Moga iman kita bertambah kian umur kita meningkat hari demi hari. Apa yang pasti, tiadalah wang ataupun kemahsyuran yang akan dibawa apabila mati, melainkan amal ibadah kita semasa di dunia. Bersama kita berusaha untuk menjadi khalifah yang baik, InsyaAllah.

Pada 7 Februari yang lalu, CFS IIUM telah mengadakan opening ceremony bagi Raudhah Festival, iaitu festival dimana akan berlangsungnya aktiviti-aktiviti dan ceramah-ceramah yang menarik bagi pelajar-pelajar CFSIIUM, dan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan bagi majlis tersebut. Kami turut mendapat bantuan dari Jurulatih PSSGM, Raja Zhafri Iskandar untuk menyertai persembahan ini.


Seramai 14 Ahli PSSGM CFSIIUM dan 4 senior dari gombak terlibat pada malam tersebut.



Buka gelanggang dahulu

sesi semi candid


Menunggu VIP tiba




Tibanya VIP diiringi senior-senior dari Gombak
bersemangat jitu

Persembahan dari saudara Taufiq


Kemudiannya persembahan diteruskan dengan senam silat , bunga yang pernah dipelajari semasa demo silat hari kemerdekaan pada tahun lepas, dan juga kombat dari 1 hingga 6.



Seterusnya persembahan diteruskan dengan persembahan pentas dari saudara Saufi dan Taufiq .



Kemudian tibanya persembahan kemuncak yang telah dinanti-natikan oleh para penonton iaitu persembahan dari senior-senior silat gayong dari gombak. Mereka mempersembahkan tempur senjata dengan keris juga parang.


highlight



tempur senjata parang








Pada malam itu juga kami didatangi senior-senior yang lepas yang turut serta untuk memberi sokongan kepada PSSGM CFSIIUM. terima kasih diucapkan ^_^






Selesai persembahan dari senior, anak-anak gayong CFSIIUM pula membuat penutup dengan gulungan sepuluh dan akhirnya bunga tanjung.







Alhamdulillah, dengan itu, tamatlah persembahan silat untuk malam tersebut, dan kami bersyukur kerana tidak ada sebarang kecederaan atau gangguan semasa membuat persembahan.

seterusnya kami keluar untuk menutup gelanggang dan mengadakan sesi bergambar :)









senior dari gombak yang terlibat. terima kasih kami ucapkan










 Alhamdulillah, oleh kerana demo ini, ukhwah antara anak-anak gayong semakin erat dan kami harapkan yang terbaik pada masa yang akan datang. Sekali lagi , terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang terlibat,, senior-senior yang terlibat, juga senior-senior yang datang untuk memberi sokongan. ^_^

~|Kata bersahut
                         Gayong bersambut|~







kredit foto: bro Shahrul Fikri

anda boleh melihat lagi gambar di group PSSGM CFSIIUM Di sini









Thursday, January 10, 2013

Sem 3 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim. Telah pun masuknya tahun baru 2013. Moga azam dan amal ibadah kita meningkat setiap hari kerana Allah insyaAllah.


insyaAllah, latihan akan diadakan seperti biasa, rabu-khamis 9.30 malam.

Juga kita ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sebilangan Anak-anak gayong CFSIIUM yang telah pun menjadi graduan CFSIIUM dan kini melanjutkan pelajaran mereka di kampus IIUM.

Anak-anak gayong batch 2011/2012 yang telah tamat pelajaran di CFSIIUM:


  1. EMIR ASLAM BIN THOPATALAM
  2. NURFARHAH BINTI FARHANIM SHAFIE
  3. HUSNA SALSABILA BINTI MAHYUDDIN
  4. MOHAMMAD HARIS ZAMZURI


Tahniah diucapkan dan semoga berjaya pada masa hadapan. Kami disini mendoakan kejayaan anda semua.

Selari dengan semester 3 2012/2013, pelbagai aktiviti akan dijalankan yang melibatkan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia CFSIIUM seperti family day, demo SMAC, dan Annual grand dinner. nantikan mereka.

Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.



Sunday, September 30, 2012

Majlis Perlimau Tapak 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Pada hari Isnin 24 september 2012, telah diadakan majlis perlimau tapak, yakni sebuah majlis yang dimana berlangsungnya penerimaan ahli-ahli gayong sebagai anak-anak murid gayong. Oleh itu, majlis ini telah dilangsungkan oleh pihak komiti SSGMC CFSIIUM kepada mereka yang baru menyertai silat gayong, juga kepada mereka yang ingin bermandi seni.

Tentatif Majlis

7.30 ketibaan pelajar

7.45 ketibaan VIP

8.00 Majlis dimulakan oleh MC

8.10 Ucapan dari Cikgu Selamat

8.30 Perlimau Tapak dan Mandi Seni bermula

10.00 Jamuan Makan

10.20 Sesi Bergambar dan bersurai
Pengacara Majlis , saudara Nabil

saudara ayoi sebagai wakil jurulatih dari Gombak



mendengar Taklimat dari Cikgu Selamat



Perlimau Tapak bagi ahli-ahli gayong yang baru











Angkat sumpah 



mandi seni bagi brothers







giliran serikandi utk bermandi seni




hadiah penghargaan dari Programme Manager kepada VIP
Mereka yang diterima sebagai anak angkat cikgu. Tahniah!









Terima kasih kepada anak-anak murid gayong kerana memeriahkan majlis, juga tidak lupa pada saudara Ayoi dan saudara Syazwan kerana turut serta dalam majlis ini.Terima kasih juga kepada komiti-komiti yang bertungkus lumus menjayakan majlis. Semoga sering berjumpa di dalam gelanggang latihan.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.



kredit foto: sis Adibah