Monday, June 28, 2010

Pembukaan Booth SSGMC....

Dalam pada ingin mempromosikan Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC), pihak pro-committee telah melancarkan booth promotion yang mana bertujuan untuk menyebarkan info tentang kewujudan SSGMC di atas muka bumi CFS IIUM PJ ini di samping memperkenalkan tentang Silat Seni Gayong Malaysia secara amnya kepada orang ramai.

Alhamdulillah, di bawah pimpinan saudari Ainu, booth tersebut telah dibuka dengan jayanya pada 22-24 Jun 2010 di depan IRKHS Building. Antara agenda booth tersebut ialah pendaftaran ahli baru dan pencalonan bagi barisan baru Management Committee SSGMC sesi 2010/2011 di samping menjemput semua ahli untuk menghadiri Annual General Meeting SSGMC pada 28 Jun 2010.

Antara gelagat committee di booth............












Nyata committee yang ditugaskan tampak rajin dan bersungguh ketika mempromosikan booth. Hanya ini sahaja yang dapat pihak admin nukilkan buat masa ini. Tunggulah untuk pos blog seterusnya berkaitan dengan Annual General Meeting SSGMC sesi 2010/2011. Sekian.

Sunday, June 6, 2010

Wadah Perjuangan Diteruskan Kembali.....

Assalamualaikum....

Pertamanya, marilah kita memanjat kesyukuran kerana dengan izin-Nya, kita dapat kembali ke CFS IIUM bagi semester baru sesi 2010/2011. Kini rata-rata anak gayong di CFS sudah bergelar 2nd year student setelah setahun berkongsi suka dan duka bersama. Semoga saudara segayongku masih bersemangat meneruskan perjuangan dalam memartabatkan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia.

Bermulanya semester baru ini, kita akan mengukuhkan lagi jentera yang bakal mengemudi organisasi ini bagi sesi 2010/2011 menggantikan generasi emas pimpinan saudara Nazrul Azam. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah dibentuk di bawah pimpinan saudara Haziq untuk mengelola Anual Grand Meeting ( AGM ) PSSGM bagi sesi 2010/2011, yang mana agenda utamanya ialah melantik carta organisasi baru PSSGM. Diharap semua dapat menyumbang tenaga sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

InsyaAllah, pihak pentadbiran PSSGM CFS IIUM akan berusaha mengekalkan Ustaz Shapizan, selaku penasihat PSSGM 09/10, menyandang jawatan yang sama bagi sesi 2010/2011. Segala pengumuman dan maklum balas yang terkini akan diberitahu kemudian.