Wednesday, October 27, 2010

Grand Iftar 2010/2011 & Majlis Penyampaian Bengkung

Pada 20 Ogos 2010,PSSGM UIA PJ telah mengadakan Grand Iftar bagi sesi 2010/2011 bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama saudara gayong. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan senior2 gayong yang akan mengakhiri pengajian mereka di CFS IIUM. Pada masa yang sama, majlis penyampaian bengkung juga telah diadakan bagi menyampaikan sijil kenaikan bengkung kepada anak2 gayong CFS IIUM yang telah menyertai ujian kenaikan bengkung sesi 2009/2010 yang lalu.


Hadirin2 yang datang...

Puteri2 Gayong

Menonton tayangan sebelum majlis bermula

Majlis bermula pada jam 6.40 petang dan dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh saudara Raja Hazwan selaku pengerusi majlis pada petang itu. Saudara Khairi selaku Presiden PSSGM UIAPJ telah dijemput untuk memberikan ucapan.Seterusnya ialah ucapan dari ayahanda Cikgu Jasmi selaku penguji ujian kenaikan bengkung.Majlis seterusnya dirasmikan oleh ayahanda Cikgu Selamat, Gurulatuh gelanggang PSSGM UIAPJ.Selepas perasmian, majlis penyampaian bengkung bermula...


Cikgu Selamat..

Segak menerima bengkung...

Puteri Gayong juga tidak ketinggalan..

Anak Gayong dari gelanggang luar..

Berkumandangnya azan maghrib, para tetamu disajikan dengan buah kurma sebangai juadah buka puasa. Selepas solat maghrib dan solat hajat, majlis jamuan pun bermula. Para tetamu disajikan dengan juadah nasi beriani. Pada masa inilah terjalin kemesraan antara ahli PSSGM yang telah hadir...
Juadah yang disediakan...

Kemesraan terserlah

Selera....

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 11.00 malam. Walaupun, majlis ini dijalankan dalam suasana yang bersederhana namun bagi anak2 gayong, detik2 pada malam ini mencoretkan memori yang begitu indah sekali..... Hakikatnya, majlis ini menjadi medium bagi keluarga gayong CFS IIUM memupuk rasa kasih sayang diantara satu sama lain. Namun, sedikit sebanyak terasa kesedihan dihati dek kerana sebahagian kecil 2nd year student akan menyambung pelajarannye di main campus IIUM, Gombak/Kuantan. Walaupun hati terasa berat namun kami akur kerana kami faham setiap pertemuan pasti ada perpisahan.... Moga2 ukhuwah yang terbina dirahmati Allah s.w.t dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.....

Wednesday, August 18, 2010

Martial Arts Exhibition

Sebagai muqadimah, pertamanya pihak admin memohon maaf di atas kelewatannya mengemas kini blog ini dek kerana terlalu sibuk dengan kehidupannya. Namun itu semua tidak boleh dijadikan alasan dan sekali lagi pihak admin meminta maaf.

Dikisahkan, pada 2-4 Ogos 2010, Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC) UIA PJ telah terlibat dalam Martial Arts Exhibition anjuran Tae Kwon Do Club UIA PJ. Antara objektif utama program ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab seni pertahanan diri yang terdapat di bumi UIA PJ. Atas maksud itu, pihak SSMC telah membuka booth sepanjang program tersebut berlansung di AMF selama 3 hari. Antara ragam anak gayong UIA PJ di booth SSGMC:

Sedang menyediakan info gayong untuk booth


Sedang melayari blog PSSGM UIA PJ


Saudara Ijud sedang memberi penerangan


Menghayati tayangan di booth

Pada hari pertama program yakni pada 2 Ogos 2010, jam 4.00 pm, pesilat SSGMC telah diberi peluang untuk menunjukkan demo latihan anak-anak gayong. Alhamdulillah, demo yang berlarutan sehingga sejam itu mendapat sambutan yang memberansangkan.

Bersedia untuk demo...

Pada malam yang sama, telah diadakan Opening Ceremony Martial Arts Exhibition yang berlansung di AMF. Sekali lagi pesilat SSGMC dipanggil untuk mempersembahkan demo istimewa di hadapan VIP dan juga seluruh warga dewan. Pesilat UIA PJ yang terlibat dalam persembahan tersebut ialah saudara Nazri dan saudara Muaz. Dalam masa yang sama, pihak kelab juga telah mengundang pesilat istimewa dari luar yakni saudara Ishkandar dan saudara Ibnu Abil. Turut hadir, mantan pesilat UIA PJ yakni saudara Nazrul Azam dan juga Raja Zhafri. Sesungguhnya pihak SSGMC UIA PJ amat berbesar hati menerima kunjungan mereka. Kehadiran mereka turut memeriahkan lagi demo persembahan pada malam itu. Ternyata persembahan tersebut telah berjaya memukau hati VIP dan tetamu yang hadir di AMF.


Bersama Presiden SSGMC UIA PJ


Bergambar sebagai kenangan

Secara keseluruhannya, Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara lansung ataupun secara tidak lansung. Dalam masa yang sama, pelbagai manfaat dan impak yang telah dapat kita perolehi sepanjang program tersebut berlansung. Lebih-lebih lagi, 'bonding' yakni ukhuwah yang terjalin antara pesilat SSGMC semakin utuh, ibarat air yang dicincang, yang tidak akan putus. Itulah kemanisan yang dapat dirasai antara ahli keluarga SSGMC UIA PJ.

Monday, July 19, 2010

Keputusan Mini Pilihan Raya (T-Shirt SSGMC)

Pada 19 Julai hingga 31 Julai 2010, Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC) telah mengadakan satu pilihan raya mini bagi mengundi design T-Shirt kelab kita. Alhamdulillah, keputusannya telah pun keluar! Ulasan keseluruhannya, bagi kedua-dua design yang dipertandingkan sama ada untuk kategori 'brother' dan juga kategori 'sister', kesemuanya mendapat sambutan yang hangat dan persaingan yang sengit. Namun, adat pilihan raya, hanya satu sahaja yang akan terpilih di akhirnya. Diharap semua pengundi dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Seperti yang pihak admin katakan sebelum, andalah penentu masa depan T-Shirt SSGMC UIA PJ.

Inilah keputusannya:


Pemenang bagi kategori BROTHER:


Design B
*click to enlarge

Pemenang bagi kategori SISTER:


Design A
*click to enlarge

Sunday, July 18, 2010

Renungan bersama.....

InsyaAllah, tidak lama lagi akan tibalah bulan Ramadhan yang mana terkandung jutaan keberkatan dan juga setinggi-tinggi darjat dan kemuliaan berbanding bulan Hijrah yang lain. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan pertingkatkan lagi amalan dan ibadah kita agar hidup kita diredhai oleh-Nya. Di sini, saya ingin berkongsi satu Hadis Nabi yang disumbangkan oleh saudara Zul Arifin untuk renungan anak gayong bersama:

"Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak dapat mendapatnya kecuali dengan undian, nescaya mereka akan melakukannya. (biarpun mereka terpaksa bertungkus-lumus kerananya)"

[ Sohih Bukhari: no. 615, jilid 2/96 ]


Moga-moga apa yang yang disampaikan ini dapat kita jadikan sebagai iktibar dan amalan kita. InsyaAllah.

Saturday, July 10, 2010

Persembahan Silat Sempena AGM PERKIM UIA PJ

Pada 7 Julai 2010 bersamaan hari Rabu, seramai 4 orang anak gayong UIA PJ iaitu saudara Nazrul Arif, Muhammad Khairi, Muaz dan juga Mohamad Amirul telah terlibat untuk mempersembahkan demo silat sempena Annual General Meeting PERKIM UIA PJ di Al-Malik Faisal (AMF) Hall.

Seawal jam 5.30 petang hari yang sama, semua pesilat yang terlibat berkumpul untuk berlatih dan juga rehearsal bagi memastikan persembahan tersebut berjalan dengan lancar. Tepat jam 7.45 malam, pesilat berkumpul di Wing AMF dengan lengkap berpakaian silat dan seterusnya membuka gelanggang untuk memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah. Turut hadir bersama mereka, jurukamera yang bertugas iaitu saudara Fakhruddin selaku wakil Biro Publication & Information.

Jam 8.15 malam, pabila VIP tiba di perkarangan pintu gerbang di AMF, berlakulah pertempuran senbat antara saudara Khairi dan Nazrul Arif selaku gimik majlis. Hampir kesemua tetamu jemputan terkesima dengan aksi yang penuh mendebarkan ini. Selepas pertempuran, kedua-dua pesilat diminta duduk di meja makan dan mengikuti tentatif program yakni ucapan VIP dan Programme Manager dan seterusnya menghayati persembahan media PERKIM.

Selepas itu, jamuan makan pun bermula dan persembahan nasyid pun dipertontonkan kepada hadirin majlis. Kemudian, para jemputan dipersembahkan pula dengan persembahan silat iaitu demo bunga tanjung, golongan 21 dan juga diselitkan sekali sketsa yakni pertempuran bebas oleh kesemua pesilat yang terlibat. Persembahan tersebut mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton dan juga VIP. Setelah tamat persembahan, kesemua pesilat mengakhirinya dengan sesi menutup gelanggang.

Antara gambar kenangan malam tersebut:



Antara adegan persembahan.

Pesilat ketika gimik majlis.

Jurukamera yang bertugas.


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya berlaku sedikit masalah teknikal namun keseluruhannya, mereka telah mempersembahkan persembahan yang amat menakjubkan. Jelas terpancar kepuasan di raut wajah pesilat-pesilat kita malam itu. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

Friday, July 9, 2010

Management Committee SSGMC 2010/2011

Alhamdulillah, hasil daripada temuduga, majlis syura dan juga Annual General Meeting, maka telah lahirlah barisan kepimpinan Management Committee SSGMC yang baru yang bakal menggalas amanah untuk menerajui kelab ini bagi sesi 2010/2011.

Line-up Management Committee 2010/2011

President:
Muhammad Khairi Shaharuddin

Vice President 1:
Mohd Nazri B. Maarof

Vice President 2:
Siti Norfitrah Bt. Mohd Salim

Secretary:
Aiman Atiqah Bt Mohd Rahim

Assistant Secretary:
Siti Amalina Bt Mohammad Hanafiah

Treasurer:
Mohd Suffian B. Mohd Shah

Assistant Treasurer:
Mohamad Amirul B. Md Ali

Head Education & Training Bureau:
Ainu' Mardhiah Bt Mohd Razally

Assistant Head Education & Training Bureau:
Nurul Atiqah Bt Mohd Asri

Head Information & Publication Bureau:
Raja Hazwan B. Raja Mohamad Joharudin

Assistant Head Information & Publication Bureau:
Muhammad Nazir Ikmal B. Ishak

Head Discipline & Welfare Bureau:
Mohd Khairul Fahmi B. Che Hussain

Assistant Head Discipline & Welfare Bureau:
Zul Arifin Helmy B. Reduan

Head Art & Recreation Bureau:
Mohd Faiz B. Asmuni

Assistant Head Art & Recreation Bureau:
Raja Siti Syahirah Bt. Raja Samion

Head Dakwah & Tarbiyah Bureau:
Izzuddin B Zakaria

Assistant Head Dakwah & Tarbiyah Bureau:
Mohd Hanif B. Zaini

Diharap agar tampuk kepimpinan yang baru dapat meneruskan amanat barisan kepimpinan SSGMC yang terdahulu di samping memantapkan lagi pengurusan kelab sesi 2010/2011. Marilah kita sama-sama berganding bahu menggalas amanah ini dengan penuh dedikasi demi mencari keredhaan-Nya. InsyaAllah.

Annual General Meeting 2010 / 2011

Pada Isnin 28 Jun 2010, Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC) telah menganjurkan Annual General Meeting (AGM) di Lecture Hall B, dan Alhamdulillah, dengan izin -Nya dan berkat kesungguhan para committee, majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar walaupun terpaksa menghadapi sedikit kesukaran dan dugaan ketika majlis sedang berlangsung.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa majlis tersebut terpaksa berlangsung dalam serba kekurangan dek kerana ketiadaan penghawa dingin, namun ini tidak dapat mematahkan semangat para committee untuk meneruskan agenda kami. Agenda utama AGM ini bertujuan untuk melantik line-up management committee SSGMC bagi sesi 2010/2011 di samping memberi laporan tentang badget dan aktiviti kelab yang berlansung sepanjang sesi 2009/2010.

Tentatif program adalah seperti berikut:

8.15 PM : Ketibaan anak gayong
8.30 PM : Ketibaan VIP
Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis
( Khairul Fahmi dan Atiqah Asri )
8.45 PM : Bacaan doa dan alunan A-Quran daripada saudara Izzuddin
9.00 PM : Nyanyian lagu Negaraku, lagu CFS dan lagu rasmi PSSGM
9.10 PM : Persembahan multimedia
9.25 PM : Ucapan Presiden SSGMC 2009/2010 ( Nazrul Azam )
Ucapan Jurulatih ( Cikgu Selamat )
Ucapan perasmian oleh Penasihat Kelab ( Ustaz Shapizan )
10.10 PM : Gimik Perasmian
Upacara Penyerahan Mandat
10.20 PM : Penyerahan cenderahati untuk VIP
10.25 PM : VIP Refreshment / Student Refreshment
Sesi AGM bermula
- Pembentangan laporan kelab bagi sesi 2009/2010
- Perlantikan Management Committee sesi 2010/2011
- Sesi taaruf daripada line-up Management Committee yang baru
11.00 PM : Majlis bersurai

Setelah majlis bersurai, satu sesi post-mortem telah diadakan bagi mengetengahkan hal-hal yang berbangkit yang berkaitan dengan AGM di samping mengenal pasti kekurangan yang perlu diambil kira agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kepada semua committee yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Moga-moga usaha kita diberkati oleh-Nya.


* Lihat gambar-gambar kenangan Final Touch dan AGM di slide sebelah kanan blog.

Monday, June 28, 2010

Pembukaan Booth SSGMC....

Dalam pada ingin mempromosikan Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC), pihak pro-committee telah melancarkan booth promotion yang mana bertujuan untuk menyebarkan info tentang kewujudan SSGMC di atas muka bumi CFS IIUM PJ ini di samping memperkenalkan tentang Silat Seni Gayong Malaysia secara amnya kepada orang ramai.

Alhamdulillah, di bawah pimpinan saudari Ainu, booth tersebut telah dibuka dengan jayanya pada 22-24 Jun 2010 di depan IRKHS Building. Antara agenda booth tersebut ialah pendaftaran ahli baru dan pencalonan bagi barisan baru Management Committee SSGMC sesi 2010/2011 di samping menjemput semua ahli untuk menghadiri Annual General Meeting SSGMC pada 28 Jun 2010.

Antara gelagat committee di booth............












Nyata committee yang ditugaskan tampak rajin dan bersungguh ketika mempromosikan booth. Hanya ini sahaja yang dapat pihak admin nukilkan buat masa ini. Tunggulah untuk pos blog seterusnya berkaitan dengan Annual General Meeting SSGMC sesi 2010/2011. Sekian.

Sunday, June 6, 2010

Wadah Perjuangan Diteruskan Kembali.....

Assalamualaikum....

Pertamanya, marilah kita memanjat kesyukuran kerana dengan izin-Nya, kita dapat kembali ke CFS IIUM bagi semester baru sesi 2010/2011. Kini rata-rata anak gayong di CFS sudah bergelar 2nd year student setelah setahun berkongsi suka dan duka bersama. Semoga saudara segayongku masih bersemangat meneruskan perjuangan dalam memartabatkan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia.

Bermulanya semester baru ini, kita akan mengukuhkan lagi jentera yang bakal mengemudi organisasi ini bagi sesi 2010/2011 menggantikan generasi emas pimpinan saudara Nazrul Azam. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah dibentuk di bawah pimpinan saudara Haziq untuk mengelola Anual Grand Meeting ( AGM ) PSSGM bagi sesi 2010/2011, yang mana agenda utamanya ialah melantik carta organisasi baru PSSGM. Diharap semua dapat menyumbang tenaga sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

InsyaAllah, pihak pentadbiran PSSGM CFS IIUM akan berusaha mengekalkan Ustaz Shapizan, selaku penasihat PSSGM 09/10, menyandang jawatan yang sama bagi sesi 2010/2011. Segala pengumuman dan maklum balas yang terkini akan diberitahu kemudian.

Wednesday, April 28, 2010

Latihan Terakhir Sesi 2009/2010

Assalamualaikum........

Sebagai mukadimah, pertamanya pihak admin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kelewatannya update blog ini. Pihak admin mengakui kelemahan diri selaku insan yang penuh kekhilafan. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pendapat dalam usaha menerajui blog ini menjadi agen penyebar informasi dan risalah berkaitan Seni Silat Gayong Malaysia di samping menjadi medium untuk merapatkan lagi ukhuwah di kalangan anak-anak gayong sesama sendiri khususnya pewaris gayong Pusat Asasi UIA Petaling Jaya.

Masa berdetik laju, tidak dihiraukannya penghuni alam yang bergantung padanya. Tanpa kita sedari, setahun sudah, kita harungi suka-duka bersama-sama. Tanggal 28 April 2010, itulah kali terakhir anak-anak gayong UIA PJ mengadakan latihan bersama-sama untuk sesi 2009 / 2010. Tergambar puas di raut wajah mereka dek memori yang dikongsi bersama-sama namun jauh di sudut hati, masing-masing terasa hiba mengenangkan inilah kali terakhir mereka dapat bersama untuk semester ini. Lebih-lebih lagi salah seorang daripada pewaris gayong CFS UIA PJ, saudari Wan Nur Atika Wan Ibrahim yang juga merupakan anak angkat kepada Cikgu Selamat, akan mengakhiri zamannya sebagai pelajar CFS UIA PJ. Sebelum menutup gelanggang, beliau telah menyampaikan kata-kata terakhir beliau sebelum melanjutkan pelajarannya ke Main Campus UIA Gombak dalam bidang Kejuruteraan. Walaupun agak sayu, namun kami cekal menghadapi perpisahan ini. Semoga beliau berjaya di dalam perjuangannya menuntut ilmu di tempat baru di samping tidak melupakan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Selamat jalan diucapkan kepadanya.



Saudari Wan Nur Atika bersama Cikgu Selamat




Kenangan gayong CFS UIA PJ sesi 2009 / 2010

Turut disampaikan juga amanat dan nasihat oleh Abang Fairuz, senior dalam PSSGM dan saudara Nazrul Arif selaku Presiden PSSGM CFS UIA PJ sesi 2009 /2010. Moga-moga apa yang disampaikan menjadi iktibar dan amalan yang patut kita semaikan dalam diri. Kita berjumpa lagi di sesi 2010/2011.

Friday, March 19, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti.....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semester baru sudah pun bermula. Selamat kembali ke UIA PJ buat semua ahli Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia UIA PJ sesi 09/10. Namun atmosfera di bumi UIA PJ seakan-akan sayu buat kami tanpa kehadiran senior-senior kami pimpinan saudara Nazrul Azam yang menyambung pelajaran ke kampus UIA Gombak dan Kuantan. Walaupun kami agak sedih, tapi perpisahan ini adalah hakikat yang perlu diterima dengan hati yang terbuka. Segala nasihat dan tunjuk ajar mereka akan kekal di hati kami.

Walaubagaimanapun, kami akan teruskan perjuangan generasi sebelum ini dan akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan semangat dan azam yang baru. Bak kata saudara Haziq, patah tumbuh hilang berganti.

Baru-baru ini, pihak gayong UIA PJ telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama untuk semester 3 2009/2010 pada 17 Mac 2010. Antara agenda yang dibincangkan:

1) Latihan silat
2) Yuran Semester
3) Perlantikan jawatankuasa Anual Grand Meeting ( AGM ) sesi 2010 / 2011
4) Perlantikan Pemangku AJK Tertinggi PSSGM Semester 3 09/10

Mesyuarat berjalan dengan lancar. Pelbagai respons yang positif diterima sepanjang masyuarat dijalankan. Walaupun hati kami masih lagi dilanda kerinduan, namun semangat kami tidak pernah sesekali pun pudar. Malah hati kami semakin berkobar-kobar untuk meneruskan agenda PSSGM di bumi UIA PJ ini. Setelah kata sepakat dicapai, maka lahirlah tampuk pimpinan yang bakal mengetuai organisasi PSSGM untuk semester ini.

BARISAN PEMANGKU AJK TERTINGGI PSSGM UIA PJ SEM 3 2009/2010

President : NAZRUL ARIF ALIASAA
Vice President I : AIMAN ATIQAH MD RAHIM
Vice President II : MU’AZ BIN ARIFFIN
Secretary : SITI NORFITRAH MOHD SALIM
Vice Secretary : NURUL ATIQAH BINTI MOHD ASRI
Treasurer : MOHD SUFFIAN MOHD SHAH
Vice Treasurer : MUNIRAH ZAINAB ABD AZIZ
Bureau P&I : RAJA HAZWAN BIN RAJA MOHAMAD JOHARUDIN
Bureau T&D : IZZUDIN BIN ZAKARIA
Bureau A&R : MUHAMMAD SOLIHIN BIN OTHMAN

Semoga pimpinan baru yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi. Marilah kita sama-sama memartabatkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Sunday, February 28, 2010

Pimpinan Tertinggi Pssgm Bersama Pemimpin Tertinggi Negara

Assalamualaikum.

Pada 28 Februari 2010, pimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia telah mengadakan satu pertemuan bersama YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di satu majlis khas yang dianjurkan bersempena dengan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit/Juri Kebangsaan bertempat di Hotel De Palma Ampang.

Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah (dua dari kanan) menerangkan tentang sejarah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak (kanan), turut hadir bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan (kiri) di majlis makan malam tersebut.

Untuk pengetahuan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib dan Allayahyarham Tun Haji Abdul Razak merupakan di antara pemimpin negara yang pernah ditabalkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai pemegang sandang adat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Wallahu'alam.

Saturday, February 27, 2010

Kursus Gurulatih Kanan dan Kursus Pemantapan Wasit

Assalamualaikum.

Sebagai makluman,
Jawatankuasa Pusat akan menganjurkan Kursus Gurulatih Kanan dan Kursus Pemantapan Wasit pada 26-28 Februari 2010 di Rima Resort, Hulu Langat, Selangor. Kursus Gurulatih Kanan akan mengenakan yuran kursus sebanyak RM 100.00 seorang. Mereka yang menyertai kursus ini hendaklah sekurang-kurangnya pemegang Bengkung Hitam Cula I. Peserta kursus akan didedahkan dengan pelajaran Serangan Yoi.

Manakala peserta kursus Pemantapan Wasit pula adalah dibuka kepada pesilat dan gurulatih yang telahpun mempunyai kelayakan sebagai wasit. Kursus kali ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta peraturan-peraturan baru dan mengulangkaji kemahiran sedia ada. Tiada bayaran dikenakan.

Kedua-dua kursus ini akan berjalan serentak di tempat dan tempuh yang sama. Surat tawaran telahpun diedarkan kepada Setiausaha Negeri. Mereka yang berminat hendaklah menghubungi pegawai pertubuhan (Setiausaha) negeri masing-masing sebelum 15 Februari 2010. Kursus Pemantapan Wasit menawarkan 3 orang dari setiap negeri, dan Kursus Gurulatih Kanan menawarkan 4 – 6 orang pesilat Bengkung Hitam Cula I dan ke atas dari setiap negeri.

*dipetik dari PSSGM Official Website.