Friday, March 19, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti.....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semester baru sudah pun bermula. Selamat kembali ke UIA PJ buat semua ahli Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia UIA PJ sesi 09/10. Namun atmosfera di bumi UIA PJ seakan-akan sayu buat kami tanpa kehadiran senior-senior kami pimpinan saudara Nazrul Azam yang menyambung pelajaran ke kampus UIA Gombak dan Kuantan. Walaupun kami agak sedih, tapi perpisahan ini adalah hakikat yang perlu diterima dengan hati yang terbuka. Segala nasihat dan tunjuk ajar mereka akan kekal di hati kami.

Walaubagaimanapun, kami akan teruskan perjuangan generasi sebelum ini dan akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan semangat dan azam yang baru. Bak kata saudara Haziq, patah tumbuh hilang berganti.

Baru-baru ini, pihak gayong UIA PJ telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama untuk semester 3 2009/2010 pada 17 Mac 2010. Antara agenda yang dibincangkan:

1) Latihan silat
2) Yuran Semester
3) Perlantikan jawatankuasa Anual Grand Meeting ( AGM ) sesi 2010 / 2011
4) Perlantikan Pemangku AJK Tertinggi PSSGM Semester 3 09/10

Mesyuarat berjalan dengan lancar. Pelbagai respons yang positif diterima sepanjang masyuarat dijalankan. Walaupun hati kami masih lagi dilanda kerinduan, namun semangat kami tidak pernah sesekali pun pudar. Malah hati kami semakin berkobar-kobar untuk meneruskan agenda PSSGM di bumi UIA PJ ini. Setelah kata sepakat dicapai, maka lahirlah tampuk pimpinan yang bakal mengetuai organisasi PSSGM untuk semester ini.

BARISAN PEMANGKU AJK TERTINGGI PSSGM UIA PJ SEM 3 2009/2010

President : NAZRUL ARIF ALIASAA
Vice President I : AIMAN ATIQAH MD RAHIM
Vice President II : MU’AZ BIN ARIFFIN
Secretary : SITI NORFITRAH MOHD SALIM
Vice Secretary : NURUL ATIQAH BINTI MOHD ASRI
Treasurer : MOHD SUFFIAN MOHD SHAH
Vice Treasurer : MUNIRAH ZAINAB ABD AZIZ
Bureau P&I : RAJA HAZWAN BIN RAJA MOHAMAD JOHARUDIN
Bureau T&D : IZZUDIN BIN ZAKARIA
Bureau A&R : MUHAMMAD SOLIHIN BIN OTHMAN

Semoga pimpinan baru yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi. Marilah kita sama-sama memartabatkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.