Sunday, September 30, 2012

Majlis Perlimau Tapak 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Pada hari Isnin 24 september 2012, telah diadakan majlis perlimau tapak, yakni sebuah majlis yang dimana berlangsungnya penerimaan ahli-ahli gayong sebagai anak-anak murid gayong. Oleh itu, majlis ini telah dilangsungkan oleh pihak komiti SSGMC CFSIIUM kepada mereka yang baru menyertai silat gayong, juga kepada mereka yang ingin bermandi seni.

Tentatif Majlis

7.30 ketibaan pelajar

7.45 ketibaan VIP

8.00 Majlis dimulakan oleh MC

8.10 Ucapan dari Cikgu Selamat

8.30 Perlimau Tapak dan Mandi Seni bermula

10.00 Jamuan Makan

10.20 Sesi Bergambar dan bersurai
Pengacara Majlis , saudara Nabil

saudara ayoi sebagai wakil jurulatih dari Gombak



mendengar Taklimat dari Cikgu Selamat



Perlimau Tapak bagi ahli-ahli gayong yang baru











Angkat sumpah 



mandi seni bagi brothers







giliran serikandi utk bermandi seni




hadiah penghargaan dari Programme Manager kepada VIP
Mereka yang diterima sebagai anak angkat cikgu. Tahniah!









Terima kasih kepada anak-anak murid gayong kerana memeriahkan majlis, juga tidak lupa pada saudara Ayoi dan saudara Syazwan kerana turut serta dalam majlis ini.Terima kasih juga kepada komiti-komiti yang bertungkus lumus menjayakan majlis. Semoga sering berjumpa di dalam gelanggang latihan.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.



kredit foto: sis Adibah 


Saturday, September 1, 2012

Amanat Mahaguru


Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,
Jangan pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku,

Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mancari ibu,
Jangan pecah mentera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu,

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas,

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Di suatu masa kembali berteguh.