Saturday, July 10, 2010

Persembahan Silat Sempena AGM PERKIM UIA PJ

Pada 7 Julai 2010 bersamaan hari Rabu, seramai 4 orang anak gayong UIA PJ iaitu saudara Nazrul Arif, Muhammad Khairi, Muaz dan juga Mohamad Amirul telah terlibat untuk mempersembahkan demo silat sempena Annual General Meeting PERKIM UIA PJ di Al-Malik Faisal (AMF) Hall.

Seawal jam 5.30 petang hari yang sama, semua pesilat yang terlibat berkumpul untuk berlatih dan juga rehearsal bagi memastikan persembahan tersebut berjalan dengan lancar. Tepat jam 7.45 malam, pesilat berkumpul di Wing AMF dengan lengkap berpakaian silat dan seterusnya membuka gelanggang untuk memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah. Turut hadir bersama mereka, jurukamera yang bertugas iaitu saudara Fakhruddin selaku wakil Biro Publication & Information.

Jam 8.15 malam, pabila VIP tiba di perkarangan pintu gerbang di AMF, berlakulah pertempuran senbat antara saudara Khairi dan Nazrul Arif selaku gimik majlis. Hampir kesemua tetamu jemputan terkesima dengan aksi yang penuh mendebarkan ini. Selepas pertempuran, kedua-dua pesilat diminta duduk di meja makan dan mengikuti tentatif program yakni ucapan VIP dan Programme Manager dan seterusnya menghayati persembahan media PERKIM.

Selepas itu, jamuan makan pun bermula dan persembahan nasyid pun dipertontonkan kepada hadirin majlis. Kemudian, para jemputan dipersembahkan pula dengan persembahan silat iaitu demo bunga tanjung, golongan 21 dan juga diselitkan sekali sketsa yakni pertempuran bebas oleh kesemua pesilat yang terlibat. Persembahan tersebut mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton dan juga VIP. Setelah tamat persembahan, kesemua pesilat mengakhirinya dengan sesi menutup gelanggang.

Antara gambar kenangan malam tersebut:



Antara adegan persembahan.

Pesilat ketika gimik majlis.

Jurukamera yang bertugas.


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya berlaku sedikit masalah teknikal namun keseluruhannya, mereka telah mempersembahkan persembahan yang amat menakjubkan. Jelas terpancar kepuasan di raut wajah pesilat-pesilat kita malam itu. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

1 comment: