Monday, July 19, 2010

Keputusan Mini Pilihan Raya (T-Shirt SSGMC)

Pada 19 Julai hingga 31 Julai 2010, Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC) telah mengadakan satu pilihan raya mini bagi mengundi design T-Shirt kelab kita. Alhamdulillah, keputusannya telah pun keluar! Ulasan keseluruhannya, bagi kedua-dua design yang dipertandingkan sama ada untuk kategori 'brother' dan juga kategori 'sister', kesemuanya mendapat sambutan yang hangat dan persaingan yang sengit. Namun, adat pilihan raya, hanya satu sahaja yang akan terpilih di akhirnya. Diharap semua pengundi dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Seperti yang pihak admin katakan sebelum, andalah penentu masa depan T-Shirt SSGMC UIA PJ.

Inilah keputusannya:


Pemenang bagi kategori BROTHER:


Design B
*click to enlarge

Pemenang bagi kategori SISTER:


Design A
*click to enlarge

Sunday, July 18, 2010

Renungan bersama.....

InsyaAllah, tidak lama lagi akan tibalah bulan Ramadhan yang mana terkandung jutaan keberkatan dan juga setinggi-tinggi darjat dan kemuliaan berbanding bulan Hijrah yang lain. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan pertingkatkan lagi amalan dan ibadah kita agar hidup kita diredhai oleh-Nya. Di sini, saya ingin berkongsi satu Hadis Nabi yang disumbangkan oleh saudara Zul Arifin untuk renungan anak gayong bersama:

"Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak dapat mendapatnya kecuali dengan undian, nescaya mereka akan melakukannya. (biarpun mereka terpaksa bertungkus-lumus kerananya)"

[ Sohih Bukhari: no. 615, jilid 2/96 ]


Moga-moga apa yang yang disampaikan ini dapat kita jadikan sebagai iktibar dan amalan kita. InsyaAllah.

Saturday, July 10, 2010

Persembahan Silat Sempena AGM PERKIM UIA PJ

Pada 7 Julai 2010 bersamaan hari Rabu, seramai 4 orang anak gayong UIA PJ iaitu saudara Nazrul Arif, Muhammad Khairi, Muaz dan juga Mohamad Amirul telah terlibat untuk mempersembahkan demo silat sempena Annual General Meeting PERKIM UIA PJ di Al-Malik Faisal (AMF) Hall.

Seawal jam 5.30 petang hari yang sama, semua pesilat yang terlibat berkumpul untuk berlatih dan juga rehearsal bagi memastikan persembahan tersebut berjalan dengan lancar. Tepat jam 7.45 malam, pesilat berkumpul di Wing AMF dengan lengkap berpakaian silat dan seterusnya membuka gelanggang untuk memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah. Turut hadir bersama mereka, jurukamera yang bertugas iaitu saudara Fakhruddin selaku wakil Biro Publication & Information.

Jam 8.15 malam, pabila VIP tiba di perkarangan pintu gerbang di AMF, berlakulah pertempuran senbat antara saudara Khairi dan Nazrul Arif selaku gimik majlis. Hampir kesemua tetamu jemputan terkesima dengan aksi yang penuh mendebarkan ini. Selepas pertempuran, kedua-dua pesilat diminta duduk di meja makan dan mengikuti tentatif program yakni ucapan VIP dan Programme Manager dan seterusnya menghayati persembahan media PERKIM.

Selepas itu, jamuan makan pun bermula dan persembahan nasyid pun dipertontonkan kepada hadirin majlis. Kemudian, para jemputan dipersembahkan pula dengan persembahan silat iaitu demo bunga tanjung, golongan 21 dan juga diselitkan sekali sketsa yakni pertempuran bebas oleh kesemua pesilat yang terlibat. Persembahan tersebut mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton dan juga VIP. Setelah tamat persembahan, kesemua pesilat mengakhirinya dengan sesi menutup gelanggang.

Antara gambar kenangan malam tersebut:



Antara adegan persembahan.

Pesilat ketika gimik majlis.

Jurukamera yang bertugas.


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya berlaku sedikit masalah teknikal namun keseluruhannya, mereka telah mempersembahkan persembahan yang amat menakjubkan. Jelas terpancar kepuasan di raut wajah pesilat-pesilat kita malam itu. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

Friday, July 9, 2010

Management Committee SSGMC 2010/2011

Alhamdulillah, hasil daripada temuduga, majlis syura dan juga Annual General Meeting, maka telah lahirlah barisan kepimpinan Management Committee SSGMC yang baru yang bakal menggalas amanah untuk menerajui kelab ini bagi sesi 2010/2011.

Line-up Management Committee 2010/2011

President:
Muhammad Khairi Shaharuddin

Vice President 1:
Mohd Nazri B. Maarof

Vice President 2:
Siti Norfitrah Bt. Mohd Salim

Secretary:
Aiman Atiqah Bt Mohd Rahim

Assistant Secretary:
Siti Amalina Bt Mohammad Hanafiah

Treasurer:
Mohd Suffian B. Mohd Shah

Assistant Treasurer:
Mohamad Amirul B. Md Ali

Head Education & Training Bureau:
Ainu' Mardhiah Bt Mohd Razally

Assistant Head Education & Training Bureau:
Nurul Atiqah Bt Mohd Asri

Head Information & Publication Bureau:
Raja Hazwan B. Raja Mohamad Joharudin

Assistant Head Information & Publication Bureau:
Muhammad Nazir Ikmal B. Ishak

Head Discipline & Welfare Bureau:
Mohd Khairul Fahmi B. Che Hussain

Assistant Head Discipline & Welfare Bureau:
Zul Arifin Helmy B. Reduan

Head Art & Recreation Bureau:
Mohd Faiz B. Asmuni

Assistant Head Art & Recreation Bureau:
Raja Siti Syahirah Bt. Raja Samion

Head Dakwah & Tarbiyah Bureau:
Izzuddin B Zakaria

Assistant Head Dakwah & Tarbiyah Bureau:
Mohd Hanif B. Zaini

Diharap agar tampuk kepimpinan yang baru dapat meneruskan amanat barisan kepimpinan SSGMC yang terdahulu di samping memantapkan lagi pengurusan kelab sesi 2010/2011. Marilah kita sama-sama berganding bahu menggalas amanah ini dengan penuh dedikasi demi mencari keredhaan-Nya. InsyaAllah.

Annual General Meeting 2010 / 2011

Pada Isnin 28 Jun 2010, Silat Seni Gayong Malaysia Club (SSGMC) telah menganjurkan Annual General Meeting (AGM) di Lecture Hall B, dan Alhamdulillah, dengan izin -Nya dan berkat kesungguhan para committee, majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar walaupun terpaksa menghadapi sedikit kesukaran dan dugaan ketika majlis sedang berlangsung.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa majlis tersebut terpaksa berlangsung dalam serba kekurangan dek kerana ketiadaan penghawa dingin, namun ini tidak dapat mematahkan semangat para committee untuk meneruskan agenda kami. Agenda utama AGM ini bertujuan untuk melantik line-up management committee SSGMC bagi sesi 2010/2011 di samping memberi laporan tentang badget dan aktiviti kelab yang berlansung sepanjang sesi 2009/2010.

Tentatif program adalah seperti berikut:

8.15 PM : Ketibaan anak gayong
8.30 PM : Ketibaan VIP
Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis
( Khairul Fahmi dan Atiqah Asri )
8.45 PM : Bacaan doa dan alunan A-Quran daripada saudara Izzuddin
9.00 PM : Nyanyian lagu Negaraku, lagu CFS dan lagu rasmi PSSGM
9.10 PM : Persembahan multimedia
9.25 PM : Ucapan Presiden SSGMC 2009/2010 ( Nazrul Azam )
Ucapan Jurulatih ( Cikgu Selamat )
Ucapan perasmian oleh Penasihat Kelab ( Ustaz Shapizan )
10.10 PM : Gimik Perasmian
Upacara Penyerahan Mandat
10.20 PM : Penyerahan cenderahati untuk VIP
10.25 PM : VIP Refreshment / Student Refreshment
Sesi AGM bermula
- Pembentangan laporan kelab bagi sesi 2009/2010
- Perlantikan Management Committee sesi 2010/2011
- Sesi taaruf daripada line-up Management Committee yang baru
11.00 PM : Majlis bersurai

Setelah majlis bersurai, satu sesi post-mortem telah diadakan bagi mengetengahkan hal-hal yang berbangkit yang berkaitan dengan AGM di samping mengenal pasti kekurangan yang perlu diambil kira agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kepada semua committee yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Moga-moga usaha kita diberkati oleh-Nya.


* Lihat gambar-gambar kenangan Final Touch dan AGM di slide sebelah kanan blog.