Tuesday, February 21, 2012

Majlis Perlimau Tapak dan Perlimau Seni

Bismillahirahmannirahim, 


Assalammualaikum w.b.t

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafatkan setinggi rasa kesyukuran kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat lagi menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam pada ketika ini. Alhamdulillah.

Pihak PSSGM UIA PJ mengucpkan selamat kembali kepada anak-anak Gayong untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi bermulanya sesi 2012. Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah selamat melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yg lebih tinggi lagi ke kampus Gombak dan Kuantan. 

 Dengan ini,PSSGM UIA PJ ingin memaparkan lagi agenda  yang telah dijalankan bermula tahun 2012. Syukur alhamdulillah, pada 10 Februari 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, PSSGM UIA PJ telah mengadakan Majlis Perlimau Tapak dan Perlimau Seni bagi menerima pelatih-pelatih baru sebagai anak gayong yang bertempat di SMAWP 3 bermula jam 8:15 mlam dan berakhir jam 10:30 malm. 

Program  disertai seramai kira-kira 30 orang. Seramai 11 orang terdiri dari 4 putra dan 7 srikandi bagi perlimau seni dan seramai 15 orang bagi perlimau tapak. Majlis ini dipimpin oleh Gurulatih  gelanggang PSSGM UIA PJ sendiri iaitu Cikgu Selamat Haji Mat Raji dan dihadiri oleh penasihat PSSGM UIA PJ iaitu Ustaz Shapizan .

Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung :






Pendaftaran Peserta






Bagi Perlimau Tapak.













Bagi Perlimau Seni.












Asam garam Kehidupan.








Sedikit Jamuan Disediakan.




















Majlis Memberi Cenderahati kepada VIP.







Sesi bergambar.





Alhamdulilah Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Jutaan terima kasih diucapkan kepada committee yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini dari awal hingga ke akhir. Semoga program yg telah berlangsung diberkati dan dirahmati oleh Allah dan dengan program-program seperti ini dapat mengeraatkan lagi hubungan silaturrahim.

Saya sebagai wakil dari pihak PSSGM UIA PJ memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kelewatan mengemaskini blog ini, sekian Assalamualikum w.b.t.

Tujuh jenis bunga sebagai hantaran,
Perlimau seni warisan zaman-berzaman,
Ukhwah terjalin pengikat persaudaraan,
Moga diberkati untuk diterapkan.





No comments:

Post a Comment