Thursday, January 6, 2011

Majlis Ujian Kenaikan Bengkong dan Perlimau Tapak

Assalammualaikum w.b.t.

Pertama sekali pihak admin ingin menutur kata memohon kemaafan sebagai iftitah pada pertemuan kali ini setelah sekian lama tidak berjumpa. Dengan ini, pihak kami memaparkan serba sedikit aktiviti yang telah dijalankan oleh PSSGM UIA PJ sepanjang ketiadaan kami.

Pada 26 & 27 November 2010, PSSGM UIA PJ telah mengadakan Majlis Ujian Kenaikan Bengkong dan Perlimau tapak bertempat di CFS UIA PJ. Program ini dimulakan dengan Majlis Perlimau Tapak dan Seni.

MAJLIS PERLIMAU TAPAK DAN SENI


antara committee yang terlibat



anak-anak gayong yang menyertai perlimau tapak dan seni


Majlis perlimau tapak ini bermula pada pukul 8.30 malam. Turut hadir juga saudara-saudara segayong daripada Gombak. Majlis ini disempurnakan oleh Cikgu Selamat selaku gurulatih PSSGM UIA PJ.


taklimat oleh Cikgu Selamat sebelum majlis dijalankan


adat berseni untuk puteri


antara kelengkapan perlimau tapak


ikrar anak gayong

Alhamdulillah majlis ini berakhir dengan selamat pada pukul 11.35 malam. Ahlan wasahlan kepada semua anak-anak gayong yang mengambil perlimau tapak dan selamat berseni buat peserta seni. Semoga ikatan ukhwahtul hasanah dipimpin olehNya. Amin.


UJIAN KENAIKAN BENGKONG

Pada 27 November 2010 pula diadakan Ujian Kenaikan Bengkong di gelanggang latihan pada pukul 8.30 pagi Ujian ini juga melibatkan adik-adik segayong daripada SMK Desa Petaling, saudara Ihsan selaku President PSSGM di universiti beliau di Perlis juga tidak ketinggalan senior-senior dari Gombak.


pembukaan gelanggang diketuai oleh saudara Suffian


peserta berhimpun selepas warm up


taklimat daripada Cikgu Khairul


Ujian kenaikan bengkong bermula tepat jam 9.15 pagi. Pesilat diuji satu persatu, gerakan dan elakan serta serangan demi serangan. Berpegang kepada huruf ' Ya ' yang membawa maksud yakin dan percaya kepada Yang Satu, alhamdulillah kesemua pesilat dapat lakukan dengan baik.



kesenian teruji!


srikandi juga mampu menentang musuh


Alhamdulillah, tepat jam 12.45 tengah hari, ujian kenaikan bengkong pun berakhir. Biarpun agak kepenatan, namun, kepuasan lebih terserlah! Tahniah buat semua warga gayong.


penutupan gelanggang


sesi bersalaman antara pesilat



Warga PSSGM yang terlibat dalam
Majlis Ujian Kenaikan Bengkong

Selepas tamat sesi pengambaran, maka berakhirlah sudah Majlis Ujian Kenaikan Bengkong dan Perlimau Tapak yang dianjurkan oleh PSSGM UIA PJ dengan kerjasama semua pihak. Segala pahit getir perjuangan mahupun kemanisan dikongsi bersama. Hidup ini mengajar kita untuk terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Teruskan perjuangan.

1 comment: