Saturday, February 5, 2011

Gayongs' Family Day

Bismillahirahmannirahim,


Assalammualaikum w.b.t

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafatkan sefiniti rasa kesyukuran kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat lagi menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah.

Dengan ini, pihak PSSGM UIA PJ ingin memaparkan lagi agenda  yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011. Syukur alhamdulillah, pada 22 Januari 2011 hari Sabtu, PSSGM UIA PJ telah mengadakan Program Family Day bertempat di Sungai Kanching, Selayang, Selangor. Program ini beertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pesilat di samping merehatkan minda.

Para pesilat tiba di lokasi pada pukul 8.15 pagi. Setelah siap mengemas barang dan bersarapan, para pesilat mula berhimpun untuk mendengar taklimat daripada Program Manager dan Program Coordinator.

Ketibaan Advisor disambut oleh Program Manager

Para peserta berhimpun


Sebelum meneruskan aktiviti  para pesilat mendengar ucapan perasmian daripada Advisor PSSGM UIA PJ, Ustaz Shapizan. Dengan lafaz bismillah, majlis dirasmikan oleh Ustaz Shapizan. Setelah mendapat barang amanah, mendengar taklimat dan menerima fasilitator masing-masing, semua pelajar di arah untuk berta'aruf dan mengenali ahli pesilat mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Sesi ta'aruf dan bersarapan bersama kumpulan


Apa pandangan rakan-rakan tentang anda?

Ketika sesi ta'aruf, rakan-rakan silat dari Gombak baru tiba di Sungai Kanching. Ketibaan mereka disambut oleh Committee Family Day. Mereka dijemput bersarapan bersama-sama Ustaz Shapizan. Kemudian mereka diserahkan kepada kumpulan yang telah ditetapkan.

Menjamu selera sambil beramah mesra


Taklimat untuk pesilat dari Gombak

Persembahan trademark 

Setelah selesai sesi ta'aruf dan persembahan trademark, aktiviti yang dinanti-nantikan pun bermula. Aktiviti ini bermula dengan permainan bola beracun diikuti dengan permainan pecahkan belon lawan dan isi air menggunakan surat khabar ke dalam botol.

Persiapan sebelum perlawanan

Semangatnya!

Telatah anak gayong

Memori zaman sekolah. Bola beracun

Ulasan daripada committee


Biarpun panas, namun semangat terus membara

Setelah selesai ketiga-tiga aktiviti tersebut, maka tibalah saat yang dinantikan oleh anak-anak gayong: bermandi manda. Sebelum bergerak, mereka diberi taklimat ringkas sebagai langkah keselamatan oleh saudara Faiz Asmuni selaku Program Coordinator.


Kesejukan

Telatah anak-anak gayong

Kesejukan Sungai Kanching

Setelah puas bermandi-mandi, para pesilat disajikan dengan menu tengah hari. Kemudian, mereka diminta berkumpul di tapak perkhemahan Sungai Kanching untuk solat Zohor berjemaah. Family Day diteruskan lagi dengan aktiviti Explorace. Aktiviti ini berobjektifkan untuk memupuk semangat berkerjasama dalam berkumpulan serta mengeratkan hubungan sesama pesilat. Di samping itu, ianya melatih minda pesilat untuk berfikir secara kreatif dan berinovatif dalam melaksanakan tugasan.

Para pesilat berhimpun

Sebelum mendapatkan clue, kena habiskan 'limau'


Mendapatkan 'cinta' yang telah dirampas


12 atas 1?

Tepat jam 5 petang, aktiviti Explorace pun berakhir. Biarpun keletihan, namun kepuasan lebih terpancar dalam diri anak-anak gayong. Program diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pesilat dan Ustaz Shapizan.

Cenderamata disampaikan oleh saudara Khairul Fahmi / PM

Berakhirnya penyampaian maka berakhirlah sudah Gayong Family Day dengan jayanya. Kesemua pesilat bertolak pulang pada pukul 5.45 petang. Tahniah dan terima kasih buat semua committee di atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua pesilat-pesilat yang turut menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh generasi berikutnya.

No comments:

Post a Comment